Webiner x Kesejahteraan Kendiri – Pemakanan Seimbang – Elak Hipertensi & Obesiti
13 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner Kesejahteraan Kendiri – Pemakanan Seimbang -Elak Hipertensi & Obesiti yang diadakan secara maya menggunakan platform Google Meet. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pemakanan seimbang yang harus diamalkan oleh semua peringkat umur.
Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh En. Hj Ridzoni Hj Sulaiman yang merupakan konsultan dietitian. Dalam sesi perkongsian ini, beliau telah menjelaskan mengenai faktor boleh dan tidak boleh diubah, kesan buruk obesiti, punca diet tidak berjaya, 7 jenis sarapan berbeza, takaran porsi makanan dengan tangan, 7 jenis kekacang berbeza, 7 jenis sayuran dan buahan berbeza warna serta amalan pemakanan yang sihat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: